KLANG – Seorang duda menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap anak kandungnya, dua tahun lalu.

Sejurus itu, tertuduh, berusia 48, melakukan sujud syukur di galeri mahkamah selepas Hakim Siti Aminah Ghazali membaca keputusan di akhir kes pembelaan.

Siti Aminah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

“Mahkamah juga mendapati setelah meneliti keseluruhan keterangan, ekshibit dan hujahan, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah.