IPOH: Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol anak tiri perempuannya yang berusia 16 tahun sejak tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa dengan cara meraba bahagian payudara yang mana lelaki itu mempunyai hubungan amanah dengan mangsa sebagai bapa tiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Tualang Sekah, Malim Nawar pada pukul 7 pagi, 10 September 2026.