KUALA LUMPUR – Digosipkan bercinta dengan pelakon Chacha Maembong, aktor Andy Teh enggan mengulas perkara terbabit kerana tidak mahu urusan seninya terganggu.

Andy, 41, berkata, dia berharap peminat yang menyokongnya dapat memberikan perhatian terhadap perihal yang lebih penting iaitu pekerjaan sebagai seorang anak wayang.

“Saya memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi ketika ini dan mahu beri tumpuan terhadap kerjaya seni.

“Kepada peminat, kalau betul-betul minat saya dalam bidang seni, tolonglah terus sokong. Hal-hal peribadi saya letak tepi.