KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak ambil pusing kecaman netizen susulan tindakannya mempertimbangkan novel Kaisar karya Mustaqim Jiwa untuk diadaptasi ke drama atau filem.

Malah, Erma, 58, menegaskan beliau mempunyai hak sebagai pengkarya untuk memilih mana-mana karya yang dirasakan sesuai untuk diterbitkan dalam bentuk drama atau filem.

"Kalau saya hendak ambil pun, itu hak saya. Siapa mereka untuk menghalang saya daripada mengambil novel itu? Mereka tiada hak untuk menghalang saya daripada mengambil Kaisar sebagai drama atau filem.

"Sebagai pengkarya, saya ada hak untuk memilih karya siapa yang saya hendak buat. Mereka tiada hak apa-apa. Mereka hendak tengok, tengok. Tak mahu, mudah. Itu sahaja.