ALOR SETAR – Peminat muzik di wilayah utara tanah air bakal disajikan dengan pengalaman berbeza menerusi showcase eksklusif Nyawa by Black Hanifah yang dijadualkan berlangsung di Grand Alora Hotel, Kedah, November ini.
Mengangkat tema Nyawa – Bukan Sekadar Hiburan, Tetapi Kisah Kehidupan, persembahan berkonsep intim itu bakal membawa penonton menyelami perjalanan seni penyanyi Black Hanifah menerusi deretan karya yang mencorakkan kariernya dalam industri muzik tempatan.
Selepas penganjuran di lokasi pertama mendapat sambutan, Kedah dipilih sebagai destinasi kedua bagi siri showcase berkenaan, sekali gus menjadi penghargaan kepada peminat di








