KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'Superhaze' digunakan dalam sains, sebaliknya keadaan cuaca lebih panas dan kering akibat fenomena Super El Nino di rantau Asia Tenggara ketika ini mengakibatkan situasi jerebu rentas sempadan bertambah parah.
Ketua Jabatan, Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zulfa Hanan Ashaari berkata, secara amnya Malaysia pernah dilanda jerebu dari kawasan serantau, namun terma 'superhaze' tidak wujud dari sudut saintifik.
Sebaliknya beliau menjelaskan, fenomena Super El Nino ketika ini mengakibatkan taburan hujan berkurangan, maka berlaku musim kering berpanjangan lantas mengakibatkan tumbuh-tumbuhan serta tanah gambut menjadi lebih mudah terbakar.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
