KUALA LUMPUR: Agensi pelaporan kredit, CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya.

Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dalam satu nota hari ini, pelan mitigasi itu turut merangkumi langkah menaik taraf infrastruktur teknologi maklumat (IT), mencapai tahap kematangan dan pematuhan terhadap Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) menjelang 2027, serta memperkukuh kerangka kerja tasik data, keselamatan data, kualiti data dan tadbir urus.

"Anggaran perbelanjaan masih dalam peringkat penyediaan dan dijangka didedahkan pada taklimat keputusan suku tahunan yang akan datang.