Sanaa: Arab Saudi pada Rabu berkata serangan terhadap sebuah bangunan Aramco di bahagian timur negara itu mencetuskan kebakaran kecil, manakala serpihan peluru berpandu Houthi yang dipintas mencederakan empat orang di ibu negara, Riyadh.
Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas gabungan tentera diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman berkata pihaknya memintas beberapa peluru berpandu pada malam Selasa, termasuk di ruang udara Riyadh.
Seorang pegawai Kementerian Tenaga Arab Saudi berkata sebuah bangunan pentadbiran milik syarikat minyak gergasi Aramco di Dhahran terkena serangan pada malam Selasa, mengakibatkan kebakaran kecil tetapi tiada kecederaan atau kematian.
Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi pada Rabu berkata empat orang, iaitu dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak, cedera akibat serpihan daripada dua peluru berpandu kruis Houthi yang dipintas di ibu negara itu. Sebanyak 15 rumah turut mengalami kerosakan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14131312asda_241674.png&w=480&output=webp&q=85&we)
