BRUSSELS: Corak fenomena El Nino yang semakin membimbangkan telah mencatatkan rekod suhu tertinggi sepanjang masa di zon penting Lautan Pasifik pada bulan September. Ia sekali gus berpotensi menjadikan 2026 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan di peringkat global, menurut pengarah pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.
Pakar ramalan cuaca global telah memberi amaran selama berbulan-bulan bahawa episod El Nino kali ini berkemungkinan besar menjadi yang paling kuat pernah dicatatkan di mana rekod terbaharu telah dipecahkan walaupun sebelum kemuncak fenomena itu dijangka berlaku pada lewat tahun ini.
Sebagai fasa pemanasan dalam kitaran iklim semula jadi, El Nino bertindak menaikkan suhu permukaan laut di kawasan tropika Pasifik buat sementara waktu, mencetuskan perubahan cuaca yang meningkatkan risiko kemarau dan banjir, selain memburukkan lagi pemanasan global akibat aktiviti manusia.










