PETALING JAYA: FWD Malaysia Holdings Sdn. Bhd. (FWD) meraikan kekuatan rangkaian agensinya sempena ulang tahun ke-20 Al Isra’ Group (AIG), kumpulan agensi di bawah FWD Takaful yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama dua dekad.
Pengendali takaful keluarga terkemuka negara, FWD berkata, pencapaian itu menandakan tempoh 20 tahun AIG menyantuni pelanggan dan menyumbang kepada perkembangan industri takaful di seluruh negara.
Menurut FWD, pencapaian itu turut mengiktiraf sumbangan kolektif para pengasas, pasukan kepimpinan, rakan agensi, wargakerja serta pelanggan AIG yang menyokong aspirasi syarikat untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful.
Katanya, pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan nilai cadangan agensi, melahirkan generasi baharu pemimpin agensi serta memperluaskan peluang mendapatkan perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.









