KUALA LUMPUR: Peluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada hasil segar, ikan, ayam dan barangan pasar basah meningkatkan kemampuan isi rumah mendapatkan makanan keperluan, khususnya dalam kalangan berpendapatan rendah dan sederhana.

Penganalisis BIMB Securities Research, Sabariah Akhair, berkata langkah yang diumumkan di dalam Belanjawan 2027 itu adalah penambahbaikan penting kerana membolehkan sebahagian besar bantuan disalurkan kepada pembelian makanan asas, sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Katanya, peluasan pembelian barangan berkenaan melalui premis terpilih Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut memperkukuh keberkesanan bantuan kerajaan dalam menyokong perbelanjaan makanan isi rumah.