TEMERLOH: Edisi keempat Pahang Ultra 2026 bakal menghangatkan suasana di Kampung Tebal, Temerloh, dari 16 hingga 18 Oktober ini dengan penyertaan kira-kira 2,000 pelari, termasuk peserta antarabangsa dari 13 negara.
Pengarah Perlumbaan Pahang Ultra 2026, Zulkafly Ramly, berkata antara negara yang menghantar peserta bagi acara larian ultra itu ialah Singapura, Vietnam, Filipina, Jepun, China, Poland, Morocco, Australia, Indonesia, Ireland dan Amerika Syarikat.
Beliau berkata, peserta akan bersaing dalam enam kategori jarak larian, iaitu 200 kilometer (km), 100km, 72km, 43km, 17km dan 5km.
"Penyertaan tahun ini merangkumi kira-kira 50 pelari bagi kategori 200km, 160 pelari bagi 100km, 110 pelari bagi 72km, 300 pelari bagi 43km, 400 pelari bagi 17km dan lebih 1,000 peserta bagi kategori 5km," katanya hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
