PETALING JAYA – Privasi diganggu dan berasa tidak selamat, pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi amaran kepada individu terbabit agar perbuatan sedemikian jika enggan diheret ke muka pengadilan.

Tegas Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, individu terbabit bukan sahaja menganggu malah melampaui batas dengan ugutan mengancam nyawanya.

“Individu di belakang ini adalah seorang lelaki. Hari ini, dia kembali tapi kali ini dengan komen mengancam untuk bunuh saya.

“Kepada sesiapa sahaja di sebalik akaun palsu ini, sila hentikan perbuatan serta-merta. Saya sudah cukup bersabar dengan gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi.