NAIROBI – Kenya merekodkan kes Ebola keduanya, kata kementerian kesihatan negara berkenaan semalam, namun mengesahkan ‘tiada bukti’ berlaku penularan berskala besar virus maut itu.

Kenya melaporkan kematian pertama akibat Ebola minggu lalu selepas seorang rakyatnya yang menetap di Republik Demokratik Congo (DRC) meninggal dunia setelah pulang ke tanah air.

DRC mengisytiharkan wabak Ebola ke-17 pada Mei lalu. Penyakit maut itu mengorbankan lebih 15,000 orang di Benua Afrika sejak 50 tahun lalu.

“Kementerian Kesihatan Kenya mengesahkan kes Ebola kedua,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, pesakit lelaki berusia 39 tahun itu merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama dan telah dikuarant