CAPE TOWN: Ujian makmal mengesahkan sebanyak 9,144 kes Ebola dan 4,410 kematian dalam wabak semasa di Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) menyifatkan wabak yang bermula pada pertengahan Mei itu sebagai wabak Ebola yang merebak paling pantas dalam sejarah.
Awal bulan ini, kes pertama jangkitan virus Ebola strain Bundibugyo yang sangat mudah berjangkit disahkan di Kenya.
Pesakit berkenaan, yang meninggal dunia, dijangkiti penyakit itu di DRC sebelum melakukan perjalanan darat ke negara jiran Uganda dan kemudian menaiki pesawat ke Kenya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
