KUALA LUMPUR: Kekalahan bukan alasan untuk mengundur langkah, sebaliknya petarung Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo bertekad meneruskan kemaraannya dalam ONE Championship tanpa rasa gentar menjelang pertemuan semula menentang Diego Paez di The Inner Circle 35, esok.
Petarung berusia 19 tahun itu melihat aksi ulangan menentang Paez sebagai peluang untuk membuktikan peningkatan dirinya selepas lebih setahun sejak pertemuan pertama mereka pada Jun tahun lalu.
Jojo berkata, beliau sudah memperbaiki beberapa aspek penting termasuk kepantasan, ketepatan masa serangan dan teknik, hasil latihan intensif serta pengalaman daripada beberapa pertarungan sejak pertemuan terdahulu.
"Saya sudah meningkat dengan banyak sejak pertarungan terakhir menentangnya dan saya akan membuktikannya pada Jumaat ini. Saya masih seorang petarung yang gemar memberi tekanan, malah kini saya lebih menikmatinya.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
