BANGKOK: Thai Airways International bersedia mengendalikan semula semua penerbangan yang dijadualkan mulai esok selepas mengurangkan operasi selama dua hari susulan kekurangan tenaga kerja.
Syarikat penerbangan itu mengurangkan 15 penerbangan pada Khamis dan sembilan lagi pada Jumaat bagi menyesuaikan operasi dengan kapasiti tenaga kerja yang tersedia.
Thai Airways berkata, langkah itu membolehkan pihaknya mengurus jadual penerbangan dengan lebih berkesan sambil mengerahkan tenaga kerja dan sumber tambahan dari seluruh bahagian operasi.
Syarikat itu turut mempercepatkan pengurusan penerbangan sebagai persediaan untuk memulihkan semua perkhidmatan yang dijadualkan esok.
Pengumuman itu dibuat susulan gangguan operasi akibat kekurangan tenaga kerja yang menyebabkan pengurangan sementara penerbangan pada semalam dan hari ini.









