SHAH ALAM – Bekas Pengarah Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMShape) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa mendapat kontrak pendidikan bernilai RM3.12 juta, empat tahun lalu.
Tertuduh, Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, 64, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan anggota Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya m










