Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Nazir Hussin Akhtar Hussin (kanan) dan abangnya, Mubarak Hussin dalam sidang media mengenai penahanan mereka oleh SPRM.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Nazir Hussin Akhtar Hussin, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan salah guna kuasa ketika menjalankan siasatan berkaitan penyelewengan dan salah guna pelaburan bernilai kira-kira RM10 juta.

Beliau berkata, tindakan SPRM ketika melakukan penggeledahan dan penyitaan pada 30 Sept lalu di kediamannya dan abangnya, Mubarak Hussin juga disifatkan sebagai tidak profesional.

Katanya, sepanjang tujuh hari direman SPRM, hanya satu hari sahaja beliau disiasat berhubung isu dana RM10 juta YBR, selebihnya ditanya mengenai hal berkaitan politik yang tiada kaitan dengan siasatan.