KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa siasatan SPRM terhadap isu pelaburan RM10 juta yayasan itu telah dijalankan kira-kira empat tahun lalu, namun tiada salah laku atau penyelewengan dikenal pasti ketika itu.

Menurut beliau, perkara tersebut bagaimanapun kembali menjadi perhatian selepas SPRM menjalankan penggeledahan di kediamannya sebelum menyita beberapa kenderaan pada 30 September lalu.

“Untuk rekod, kertas siasatan berkaitan isu ini pernah dibuka kira-kira empat tahun lalu.

“Pihak SPRM telah menjalankan siasatan dan pada ketika itu, saya difahamkan tiada salah laku atau penyelewengan berkaitan perkara tersebut dikenal pasti pada tahun 2022,” katanya pada satu sidang akhbar, hari ini.