KUALA LUMPUR - Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.Pegawai bank, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang memakai baju-T berwarna hijau, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Aliaa Anwar."Tidak bersalah," kata lelaki bujang itu ketika berada di kandang tertuduh.Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memandu kenderaan itu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut di sini, pada jam 3.44 petang, 10 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Seksyen itu turut memperuntukkan pengendorsan sabitan pada lesen memandu serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang 10 tahun dari tarikh sabitan.Pertuduhan kedua dan ketiga, Raeven didakwa memandu kenderaan sama secara berbahaya kepada orang awam dan gagal berhenti selepas kenderaannya terlibat dalam kemalangan di lokasi, tarikh dan masa yang sama.Bagi kes memandu secara berbahaya pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 42(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.Sementara pertuduhan gagal memberhentikan kenderaan, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 52(1) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL
Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah

Key takeaways
Seorang pemandu kereta BYD tidak bersalah atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya menyebabkan kematian seorang kanak-kanak.
- Pemandu kereta BYD Seal didakwa memandu secara berbahaya menyebabkan kematian kanak-kanak 5 tahun.
- Dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan pada 10 Oktober lalu.
- Hukuman yang mungkin diterima termasuk penjara dan denda berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN,AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah (this story)







