Kuala Lumpur: Pemandu kereta elektrik BYD yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya.
Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
"Tidak mengaku salah," katanya ketika berdiri di dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, di sini, pada jam 3.44 petang, 10 Oktober lalu.








