Kuala Terengganu: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang disyaki merogol teman wanitanya berusia 15 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
Semalam, media melaporkan remaja lelaki itu ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar perempuan berkenaan yang juga teman wanitanya di sebuah pasar di daerah ini.
Suspek ditahan pada jam 11.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ibu mangsa.










