Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menambah 1,793 peralatan bantuan pernafasan bagi memperkukuh kesiapsiagaan fasiliti kesihatan menghadapi peningkatan masalah kesihatan susulan jerebu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penambahan itu merangkumi 841 alat bantuan pernafasan jenis aerochamber untuk dewasa, 396 untuk kanak-kanak dan 556 mesin nebulizer.
"Khusus bagi memastikan kesiapsiagaan sistem kesihatan, KKM turut memperkukuhkan keupayaan fasiliti kesihatan melalui penyediaan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang diperlukan untuk merawat penyakit yang berkaitan jerebu ini.
"Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) atas perkongsian maklumat berkaitan kualiti udara, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan juga keadaan jerebu bagi menyokong penilaian risiko serta tindakan kesihatan awam.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
