KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menambah bekalan peralatan perubatan di fasiliti kesihatan seluruh negara sebagai persediaan menghadapi implikasi penyakit berkaitan jerebu yang berisiko menjejaskan kesihatan awam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, aset perubatan tambahan itu merangkumi 841 unit alat bantuan pernafasan aerochamber dewasa, 396 unit aerochamber kanak-kanak serta 576 unit nebulizer bagi menampung kemungkinan lonjakan kes berkaitan pernafasan. Beliau berkata, KKM turut mengaktifkan Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan sejak 4 September selain memantau secara rapi tiga penyakit utama, iaitu jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), asma dan konjungtivitis menerusi 78 fasiliti kesihatan sentinel. "Menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), KKM memperkukuh tindakan kesihatan awam susulan peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan kemerosotan kualiti udara akibat pembakaran terbuka," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Khamis.Dr Dzulkefly menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai inisiatif KKM dalam menangani kesan jerebu terhadap kesihatan awam serta kerjasama rentas agensi dalam pemantauan kualiti udara dan perlindungan golongan berisiko.
KKM tambah peralatan rawatan pernafasan, tingkat pemantauan jerebu - Dr Dzulkefly

Key takeaways
KKM menambah peralatan pernafasan dan tingkatkan pemantauan jerebu untuk hadapi kes kesihatan awam.
- KKM tambah 841 unit aerochamber dewasa, 396 unit aerochamber kanak-kanak dan 576 unit nebulizer.
- Bilik Gerakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan sejak 4 September dan pantau tiga penyakit utama.
- KKM perkuat tindakan kesihatan awam berdasarkan Indeks Pencemar Udara dan kualiti udara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Masa ketibaan ambulans gagal capai KPI, KKM tambah 400 unit baharu
- Sinar Harian KKM tambah peralatan rawatan pernafasan, tingkat pemantauan jerebu - Dr Dzulkefly (this story)









