GEORGETOWN: Seorang pekerja kedai makan berusia 71 tahun direman selama tujuh hari kerana disyaki merogol anak perempuan majikannya berusia 18 tahun di tandas sebuah pusat beli-belah.
Majistret S Selvaranjini membenarkan permohonan polis untuk mereman suspek berkuat kuasa hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C kanun sama kerana melakukan persetubuhan luar tabii.
Suspek dilihat menutup mukanya ketika diiringi anggota polis keluar dari bilik mahkamah bagi mengelakkan wajahnya dirakam petugas media.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, suspek dikatakan membawa mangsa berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney.






