Bera: Kejadian seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin pikap sebelum menumbuk seorang lelaki di Kampung Kuala Serting, di sini, semalam dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tanah susulan operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera pada 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu tanah berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Ya, kita percaya ada kaitan dengan isu tanah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut mengesahkan kenderaan 4 x 4 yang menjadi sasaran suspek adalah milik sebuah syarikat swasta.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F454564564_845601.png&w=480&output=webp&q=85&we)
