Melaka: Selepas mengucapkan terima kasih kepada Merlimau, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencetuskan tanda tanya apabila membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Lebih mencuri perhatian, kerusi yang dimenanginya pada PRN 2021 itu turut dikaitkan dengan spekulasi bakal diserahkan kepada PAS, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada Dr Akmal akan terus mempertahankan Merlimau atau berpindah ke kawasan baharu.
Menerusi hantaran di Facebook semalam, Akmal seolah-olah membuka ruang kepada kemungkinan itu apabila menyebut Serkam dan Sungai Rambai sebagai antara pilihan, selain meminta cadangan daripada orang ramai.










