REAL Madrid mencetuskan kebangkitan dramatik apabila meledak tiga gol dalam tempoh tujuh minit terakhir untuk menewaskan AS Roma, 4-3 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Olimpico, awal pagi Khamis.Ketika ketinggalan 1-3 dan berdepan kekalahan, gergasi Sepanyol itu bangkit menerusi jaringan Carlos Espí pada minit ke-83, Endrick (85) sebelum Antonio Rüdiger melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan pada minit ke-90.Kemasukan Endrick pada minit ke-59 menjadi antara titik perubahan apabila penyerang muda Brazil itu memberikan tenaga baharu kepada jentera serangan Real yang bergelut menembusi pertahanan tuan rumah.Endrick bukan sahaja membantu meningkatkan tekanan terhadap Roma, malah turut menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan hasil sepakan penjuru Arda Güler.Güler kemudian memainkan peranan penting sekali lagi apabila sepakan penjuru yang dilakukannya membuka ruang buat Rüdiger menyudahkan peluang dengan bergaya untuk memastikan kemenangan Real.Sebelum kebangkitan itu, Roma kelihatan mampu mengawal permainan selepas Donyell Malen meledak dua gol pada minit ke-51 dan ke-58, sekali gus meletakkan tuan rumah di hadapan 3-1.Bagaimanapun, kegagalan mengekalkan disiplin pertahanan pada penghujung perlawanan menghukum Roma yang terpaksa menerima hakikat kehilangan kemenangan di laman sendiri.
Tujuh minit ubah nasib Real Madrid

Key takeaways
Real Madrid menang 4-3 ke atas AS Roma dalam tempoh tujuh minit akhir dengan tiga gol yang dijaringkan.
- Real Madrid ketinggalan 1-3 sebelum bangkit dengan tiga gol dalam tujuh minit terakhir.
- Endrick dan Arda Güler memainkan peranan penting dalam kebangkitan Real Madrid.
- Roma kehilangan kemenangan di laman sendiri kerana kegagalan pertahanan pada akhir perlawanan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AFDAH MUJAP
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mourinho’s Real Madrid playing catch-up in Clasico countdown
- Utusan Malaysia Belanjawan 2027 mampu ubah nasib rakyat serambi Mekah
- Harian Metro Tiga pertukaran pemain ubah nasib Arsenal
- Free Malaysia Today Real Madrid edge Villarreal, Vinicius sent off for hair pull
- Berita Harian Real Betis benam Osasuna, pintas Real Madrid
- Sinar Harian Tujuh minit ubah nasib Real Madrid (this story)








