BATU PAHAT: Pelajar lelaki Tingkatan Empat akan didakwa di Mahkamah Majistret pagi ini atas tuduhan membunuh pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dalam dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini, 3 Oktober lalu.

Menurut sistem e-Kehakiman, pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas Irene Sofiya dijadualkan didakwa di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno pada jam 9 pagi.

Suspek bakal berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, arahan pertuduhan dibuat selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.