Manchester: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez mempertahankan kritikannya terhadap kepimpinan kelab itu selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) Eropah, sambil menegaskan kenyataannya mencerminkan keinginan untuk melihat pasukan itu bersaing merebut kejuaraan utama.

Pemain antarabangsa Argentina itu mengakui kekecewaan mempengaruhi kenyataannya selepas perlawanan, apabila beliau menggesa kelab meningkatkan pelaburan dalam skuad selain mempersoalkan usaha pengambilan pemain oleh pengarah bola sepak, Jason Wilcox. Bagaimanapun, Martinez tidak memohon maaf atas kenyataannya itu.

"Selepas perlawanan, saya bersuara kerana marah dan kecewa kerana gagal memperoleh keputusan yang kami semua inginkan.