MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez mengkritik pengurusan tertinggi kelab itu selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi, sambil menegaskan beliau mengharapkan pelaburan lebih besar bagi membantu pasukan bersaing pada tahap tertinggi.

Pemain antarabangsa Argentina itu secara khusus menyuarakan kritikan terhadap pengarah bola sepak kelab, Jason Wilcox, dengan menegaskan United memerlukan lebih banyak pemain baharu untuk menyaingi pencabar dan membina skuad yang mampu bersaing di Eropah.

"Saya mengharapkan lebih daripada pengarah teknikal kami. Saya perlu berterus terang. Sebagai pemain, kami juga perlu melakukan lebih banyak lagi," kata Martinez kepada Amazon Prime.