Washington: Seorang jurutera warga Arab Saudi yang bekerja dengan syarikat kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS), OpenAI, ditahan kerana disyaki memasang alat rakaman tersembunyi di sebuah bilik mesyuarat eksekutif syarikat itu, menurut Jabatan Kehakiman AS pada Selasa.

Anadolu Ajansi melaporkan bahawa Abdulrahman Alfozan, 35, ditahan pada Jumaat dan dihadapkan ke mahkamah persekutuan pada Selasa atas pertuduhan menggunakan atau cuba menggunakan peranti bagi memintas komunikasi lisan, menurut kenyataan jabatan itu.

Kakitangan OpenAI menemukan sebuah alat rakaman yang disembunyikan dalam gulungan tisu tandas dan disambungkan kepada televisyen di sebuah bilik mesyuarat eksekutif di pejabat syarikat itu di San Francisco pada atau sekitar 30 September.