PETALING JAYA – Sebanyak 34 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8.46 pagi ini, dengan Klang dan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 192.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Larkin, Johor merekodkan IPU ketiga tertinggi iaitu 188, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 185.
Seremban, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 182, manakala Batu Pahat dan Pasir Gudang di Johor masing-masing 181.
Di Selangor, Shah Alam merekodkan IPU 180, diikuti Banting (170), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).






