Kuala Lumpur: "Sedih juga bila tak dapat dengar panggilan ayah daripada dua anak saya itu... tapi saya percaya, Allah Maha Mengetahui malah Dia sebaik-baik Perancang,".

Mohd Faqhrullah Mohd Tawil berkongsi kisahnya yang dikurniakan tiga anak dengan dua daripadanya berstatus orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Anak sulungnya, Nur Khalisa Azzahra, 7, yang kini mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Peel, di sini disahkan hilang pendengaran selepas lebih setahun dilahirkan.

Manakala, anak bongsunya, Nur Khawla Ameena, 3, hilang pendengaran ketika awal kelahiran.