KUCHING: Sarawak mengeluarkan tiga Lesen Karbon Hutan membabitkan kawasan seluas 56,806 hektar, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, satu lesen sedang melalui proses validasi oleh badan validasi dan verifikasi diiktiraf di bawah piawaian karbon antarabangsa manakala dua lesen lagi baru sahaja diluluskan kepada pelesen.
"Lapan Permit Kajian Karbon telah diberikan melibatkan kawasan seluas 179,327 hektar.
"Permit ini membolehkan pemegang permit menjalankan kajian dan menyediakan Sarawak Project Design Document (SPDD) sebagai satu daripada keperluan bagi kelulusan Lesen Karbon Hutan," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.









