PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk itu atas faktor kekangan masa dan komitmen tugas.FAM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan berkenaan dibuat susulan tanggungjawab Shuhaily selaku Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)."FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus," menurut kenyataan itu pada Isnin.Dalam pada itu, FAM memberi jaminan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti akan terus diberi perhatian bagi memastikan usaha memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus badan induk bola sepak negara itu dapat diteruskan.Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay
Shuhaily tidak dapat terima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Shuhaily tidak dapat terima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM (this story)
- Malaysiakini (BM) Shuhaily tak dapat terima pelantikan FAM
- Free Malaysia Today Shuhaily tolak pelantikan timbalan pengerusi jawatankuasa integriti FAM
- Utusan Malaysia Mohd. Shuhaily tolak pelantikan Timbalan Pengerusi Integriti FAM








