FESYEN lestari bukan sekadar menampilkan rekaan menarik, malah membuka ruang kepada industri untuk meneroka kaedah penghasilan pakaian yang lebih bertanggungjawab menerusi penggunaan bahan mesra alam, amalan ekonomi kitaran dan kreativiti pereka.
Pendekatan itu diketengahkan menerusi IGEM Fashion Extravaganza, yang menggabungkan dunia fesyen dengan agenda kelestarian bersempena International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM), platform teknologi hijau dan alam sekitar.
Pertunjukan berkenaan turut menyaksikan kerjasama antara jenama fesyen tempatan, Rizman Ruzaini, dengan jenama baharu dari Singapura, Chelsia D, sekali gus membuka peluang kepada pertukaran idea kreatif dan jaringan kerjasama merentas sempadan.









