Kuala Lumpur: Permainan squishy dumpling (ladu kenyal) yang menjadi antara mainan popular kanak-kanak boleh mendatangkan risiko kesihatan sekiranya mengandungi bahan kimia berbahaya, manik air atau dipanaskan, kata Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan Pensyarah Klinikal, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Khoo Wee Vien.
Beliau berkata, sesetengah squishy dumpling mengandungi bahan kimia seperti benzena, toluene dan xylene yang boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama apabila terdedah dalam tempoh panjang.
Menurutnya, benzene boleh menyebabkan kanser seperti leukemia dan lymphoma jika terdedah untuk jangka masa panjang, iaitu lebih setahun.
"Bagi wanita mengandung, pendedahan kepada benzene juga boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan seperti masalah mutasi genetik.








