Beijing: Ketika ramai mengamalkan pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan gula, warga emas berusia 101 tahun di China mencuri perhatian kerana masih kekal sihat walaupun gemar minum minuman berkarbonat.
Lu Shizeng yang menetap di wilayah Zhejiang, timur China tular di media sosial selepas tabiat pemakanannya yang dianggap kurang sihat pada usia lebih seabad menarik perhatian ramai.
Walaupun sudah lanjut usia, Lu yang juga seorang moyang masih berselera menikmati pelbagai makanan termasuk ikan, udang, ketam, daging serta sayur-sayuran yang dibelinya di pasar bandar setiap lima hari dengan menaiki beca.
Malah, sehingga tahun lalu, warga emas itu masih menunggang basikal roda tiga sendiri ke bandar, namun keluarganya melarangnya selepas terjatuh yang menyebabkan pergerakannya semakin perlahan.








