Buenos Aires: Sempat menghantar mesej WhatsApp kepada pemandu teksi meminta supaya menjemputnya semula.
Itu antara komunikasi terakhir ibu kepada dua anak sebelum ditemukan mati dalam beg pakaian di sebuah rumah penginapan di Rosario, Argentina.
Mayat Barbara Camila Aragon, 26, ditemukan di ruang dapur sebuah unit kediaman di tingkat atas rumah penginapan berkenaan pada awal pagi Ahad lalu, selepas keluarga melaporkan kehilangannya sehari sebelumnya, 10 Oktober.
Menurut laporan Daily Star, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan dibalut dengan selimut sebelum disembunyikan di dalam beg pakaian.








