Kuala Lumpur: Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan ibu bapa dan penjaga tidak membenarkan kanak-kanak bermain dengan bebola squishy dumpling (ladu kenyal).
Selain itu, PIBGN juga meminta supaya pihak sekolah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak membenarkan penjualannya di sekitar kawasan sekolah sehingga aspek keselamatan produk berkenaan disahkan pihak berkuasa.
Presiden PIBGN, Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pihak kerajaan juga dicadangkan mengambil tindakan sewajarnya terhadap produk berkenaan termasuk mempertimbangkan larangan penjualan sekiranya hasil pemeriksaan mengesahkan ia mengandungi bahan yang membahayakan pengguna.
"Ini memandangkan pihak kerajaan Malaysia belum membuat kesahihan dan keselamatan produk itu, selain daripada apa yang terdapat dalam laporan siasatan di United Kingdom (UK) mengenai unsur berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mulut dan badan.








