JAKARTA – Sebuah pulau di Simeulue, wilayah Aceh menjadi sensasi internet kerana saiznya yang kecil dan menyerupai lokasi siri kartun popular, SpongeBob Squarepants.

Pulau Anudaiyan Balong itu terletak di luar Pantai Angkeo di Desa Bunon, daerah Teupah Barat.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @miss_ochie95 menunjukkan sebuah pulau berbatu dan diliputi pokok kelapa yang menjulang tinggi di atasnya.

Terdapat juga sebuah kedai rakyat yang terletak cuma beberapa meter dari pulau itu.