WASHINGTON – Seramai 12 pendatang tanpa izin (PATI) dihantar oleh Amerika Syarikat(AS) ke Burundi Ogos lalu di bawah program penghantaran warga asing ke negara ketiga, kata sumber keselamatan Burundi kepada AFP semalam, mengesahkan maklumat peguam AS.

Pentadbiran Presiden Donald Trump menandatangani perjanjian dengan negara Amerika Latin, Afrika dan rantau Pasifik untuk menerima warga asing yang tidak boleh diusir secara sah ke negara asal mereka.

Antara negara termiskin dunia, Burundi menandatangani perjanjian dengan Washington pada Februari 2026, demikian menurut memo diplomatik yang dilihat oleh AFP, tidak termasuk pesalah ‘jenayah berat’.

Tiada pampasan kewangan dinyatakan, tetapi perjanjian itu dilaporkan dirundingkan bersama pemulihan bant