SUBANG JAYA : Penyanyi rock tanah air, Ella, menyerahkan soal pengurniaan gelaran Datuk kepada ketentuan Tuhan, meskipun menyedari ada pihak yang berharap dirinya turut menerima pengiktirafan berkenaan.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, berkata, dia tentunya tumpang gembira dengan pengiktirafan yang diterima rakan seperjuangan, namun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya gembira untuk mereka yang telah menerima gelaran Datuk. Tetapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu,” katanya ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap pengiktirafan gelaran Datuk yang diterima dalam kalangan penggiat seni tanah air.

Mengulas sama ada dia turut mengharapkan pengiktirafan serupa selepas lebih empat de