KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF) sekali lagi diiktiraf di peringkat global apabila meraih dua anugerah Islamic Finance News (IFN).
UIAM dinobatkan Best Educational Institution Offering Islamic Finance Courses (IIiBF) , sekali gus mencatat kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu, sejak 2023.
Dalam pada itu, IIiBF diumumkan sebagai Best Islamic Finance Research Firm bagi tahun ketiga berturut-turut, selepas turut memenangi kategori sama pada 2024 dan 2025.
Dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (lliBF) Prof Dr Romzie Rosman, berkata kejayaan memenangi dua anugerah utama di IFN Award 2026, membuktikan usaha dan komitmen berterusan dalam menjadikan UIAM peneraju utama pendidikan dan penyelidikan kewangan Islam global.









