PETALING JAYA – Kemunculan seekor kerbau bersaiz besar di kawasan Eco Grandeur pada awal pagi mencuri perhatian pengguna media sosial apabila haiwan itu dilihat berdiri tenang di tepi jalan dalam suasana gelap.

Rakaman kejadian berkenaan dikongsikan pengguna Threads, @gabrielgareem yang terkejut melihat haiwan itu berada berhampiran kawasan berpagar dipercayai sekitar pukul 1 pagi.

“Apa yang rawak sangat Eco Grandeur pukul 1 pagi lebih ni,” tulisnya ringkas menerusi hantaran tersebut.

Dalam rakaman itu, kerbau berwarna gelap berkenaan kelihatan berdiri di kawasan rumput bersebelahan laluan pejalan