Paris: Juara dunia empat kali, Max Verstappen, mendapat jaminan kestabilan kepimpinan Red Bull apabila prinsipal pasukan itu, Laurent Mekies, melanjutkan kontrak hingga musim 2031, sekali gus meneruskan kerjasama mereka selepas Verstappen mengesahkan komitmen bersama pasukan berkenaan hingga 2030.

Red Bull mengumumkan pada Rabu bahawa Mekies kini terikat dengan pasukan itu hingga musim 2031.

Mekies yang berasal Perancis berusia 49 tahun itu dinaikkan pangkat pada Julai 2025 susulan pemergian Christian Horner. Mekies menghabiskan enam tahun bersama Ferrari sebelum menyertai pasukan saudara Red Bull, Racing Bulls, pada 2023.

Selepas menyaksikan McLaren merangkul kejuaraan pengeluar 2025 dan Red Bull memulakan musim ini dengan perlahan di bawah peraturan baharu, pasukan itu kini menunjukkan perkembangan secara konsisten.