Kuala Lumpur: Sebanyak 34 stesen pengawasan kualiti udara seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini, dengan Klang dan Johan Setia di Selangor mencatat bacaan tertinggi, iaitu 192.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), turut merekodkan bacaan tidak sihat adalah Larkin, Johor (188), Bukit Rambai, Melaka dan Nilai (185) serta Seremban di Negeri Sembilan (182).
Di Selangor, selain Klang dan Johan Setia, turut mencatat bacaan tidak sihat adalah Shah Alam (180), Banting (170), Petaling Jaya (169) dan Kuala Selangor (161).
Beberapa kawasan di Johor turut terjejas termasuk Pasir Gudang dan Batu Pahat masing merekodkan 180, Tangkak (176), Pengerang (171), Kluang (164), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).









