WASHINGTON – Kelayakan Setiausaha Akhbar White House yang baharu, Katie Zacharia dipertikai semalam kerana gagal memberikan jawapan tepat di mana beliau lulus peperiksaan amalan guaman.

Sebuah kumpulan pemantau Amerika Syarikat(AS) memfailkan aduan kepada Badan Guaman California, memintanya menyiasat sama ada Zacharia telah melanggar undang-undang kerana memperkenalkan dirinya sebagai peguam tanpa lesen guaman.

Menurut kumpulan itu, Zacharia menggambarkan dia seorang peguam semasa muncul di kaca televisyen dan menyenaraikan dirinya sebagai peguam sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan berpangkalan di California.

“Zacharia memperkenalkan diri sebagai peguam berulang kali untuk mengukuhkan reputasi dan kredibilitinya